Siapa tidak kenal dengan pelawak dan pengara terkenal tanah air iaitu Nabil Ahmad. Penampilan pelawak tersebut juga tidak kurang asingnya seiring dengan pergerakan trend terkini.Smart dan macho je!
Baru-baru ini, nama Nabil Ahmad juga kembali hangat ketika kasut yang dipakainaya ketika menjadi hos di malam Konsert Gegar Vaganza minggu kelapan telah meraih perhatian netizen.
Biarpun setiap minggu mengacara Konsert Gegar Vaganza bergandingan dengan Jihan Muse,kali ini kasut yang dipakai oleh Nabil ini menjadi spotlight warganet. Kasut berjenama Air Jordan 1 Retro Chicago 2015 itu turut digayakan bersama satu sut pakaian berwarna oren semalam.
Air Jordan harga RM11,919 ?
Tertarik dengan gaya tersebut, netizen lantas mencari harga kasut itu di pasaran. Berdasarkan ciapan di Twitter @HarmanHarison, dia menyatakan kasut itu dianggarkan berharga RM11,919.
Memang suka kumpul kasut
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata wargamaya akui turut sama memerhati kasut yang digayakan pemilik Ahmad Nabil Ahmad.
Malah, ada yang menyifatakan bapa kepada tiga orang cahaya mata ini memang gemar mengumpul koleksi kasut.
Sumber: Oh Bulan via Tweeter Harman Harison