Hampir “Melabur” Atas Highway, Pemuda Buang Malu Minta Izin Polis

SETIAP orang pasti pernah mengalami det1k-det1k c3mas apabila terasa ingin ke tandas namun di waktu yang tidak sesuai. Mungkin kelakar tapi boleh jadi haru biru situasi tersebut. Kadang-kadang otak terpaksa bertukar lebih kreatif untuk mencari jalan terbaik selesaikan masalah.

Dah tak tahan sangat dah jalan sesak atas Federal Highway…Perut pulak buat hal

Situas1 samalah yang terjadi kepada seorang pemuda ini apabila rasa ingin membuang air ketika masih berada dalam kesesakan lebuh raya. Menerusi rakaman berdurasi kurang 30 saat di TikTok itu, rakannya terpaksa memberhentikan kereta serta merta.

Nasib baik abang polis sporting…Kalau tak memang pancit lah “member”

Pemuda itu pula yang sudah dalam keadaan huru hara terus berlari keluar dari kereta sebelum ke seberang jalan. Mujurlah ada beberapa tandas bergerak untuk kemudahan pihak berkuasa yang bertugas di sekatan jalan raya berhampiran. Lelaki berkenaan tanpa segan silu terus meminta izin kepada salah seorang polis trafik di situ.

Time ni bulu roma semua dah tegak, start rasa berminyak…Besar hajat tu sampai berlari-lari

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat pemuda berkenaan. Meskipun ketawa, namun mereka faham situas1 tersebut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

sumber : KisahDunia

Harap Maaf