Hafiz Hamidun Tegur Orang Pakai Kostum Pelik Pergi PPV

PENYANYI dan komposer Hafiz Hamidun menasihati orang ramai supaya berpakaian “elo” dan bersesuaian ketika pergi mendapatkan sunt1kan vaks1n.

Hafiz, 37, atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun berkata, orang ramai tidak perlu memakai pakaian yang dianggap peIik.

“Pakailah elok elok untuk ambil vaks1n. Vaks1n saja pun. Tak perlu gimik sampai kena pakai baju kelawar isteri, jadi hantu apa semua.

“Saya tak tahu adakah ia “marketing strategy” (strategi pemasaran) atau apa. Awal-awal macam terhibur, lama-lama jadi nger1 pula,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Hamidun (@hafizhamidun)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Hamidun (@hafizhamidun)

Sebelum ini tuIar beberapa gaya fesyen dan pemakaian kostum menyerupai watak dalam filem yang dipakai segelintir penerima vaks1n ketika berada di Pusat Pemberian Vaks1n (PPV).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Hamidun (@hafizhamidun)

Antara yang menarik perhatian adalah jelmaan Valak iaitu watak hantu dalam filem The Conjuring, Minnie Mouse, Puteri Hang Li Po, watak hantu dalam filem kantonis serta watak-watak adiwira seperti Batman, Spider-Man, Ultraman, Predator dan Joker.

sumber : cari.com

Harap Maaf