Frontliner Ini Takut Jarum Tapi Kongsi Pengalaman Di PPV Bikin Ramai Ketawa

KETIKA ini kerajaan sedang rancak berkempen kepada seluruh rakyat agar mendapatkan sunt1kan vaks1n Cov1d19 bagi mewujudkan imun1ti kelompok.Di media sosial, ramai yang membuat perkongsian mengenai pengalaman ketika mendapatkan sunt1kan masing-masing.

Ada yang berkongsi foto “wajib” di booth yang disediakan, ada yang berkongsi mengenai kelancaran proses di pusat pemberian vaks1n (PPV) malah ada yang sempat berkenalan dengan orang baharu ketika mendapatkan vaks1n!!!

Namun tidak kurang ada juga yang berkongsi pengalaman lucu dan tidak dapat dilupakan sebagaimana pemuda ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, pemuda ini berkongsi video detik lucu di mana dia berdepan dengan fob1a terhadap jarum sunt1kan sehingga terp4ksa ditenangkan beberapa rakan lain ketika mahu diberi sunt1kan.

@xapijieNah original.. jgn risau kengkawan dia mcm kena ggit semut je!! Tolong lah percaya!! HahahHah♬ original sound – jayy

Sehingga kini video tersebut meraih lebih daripada 1.5 juta jumlah tontonan dalam tempoh 24 jam ia dimuat naik !

Berkongsi cerita dengan media, pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Jay berkata dia sememangnya mempunyai fob1a terhadap jarum sunt1kan atau ‘trypan0phobia’ sejak di sekolah rendah lagi.

“Saya sebenarnya takut nak ambil sunt1kan sejak dulu tapi memandangkan saya salah seorang daripada frontliner, perkara ini sangat perlu untuk melindungi diri daripada ris1ko. Jadi saya pun setuju.

“Video yang saya kongsikan tu adalah sewaktu ambil dos kedua. Masa ambil suntikan dos pertama pun sama juga situas1nya. Saya siap bagi kawan-kawan frontliners lain dulu ambil sunt1kan dan saya paling last sekali… pertamanya sebab takut saya ambil masa lama, dan kedua segan orang tengok.

“Masa hari sunt1kan tu, saya siap datang awal dekat fasiliti kesihatan tempat saya bekerja. Nak ambil mood dulu. Tapi bila sampai giliran saya, memang berdebar tak boleh bincang.

ma baru 1

Jay sudah lebih tiga tahun bergelar seorang frontliners.

“Yang di sekeliling saya masa kena sunt1k tu semua kawan-kawan frontliners termasuk jururawat yang beri sunt1kan. Semua dah tahu saya fob1a dengan jarum. Itu yang ramai bagi semangat… tapi masa itu kami sahaja, tiada orang awam dah ambil sunt1kan,” kata pemuda berusia 26 tahun ini.

Mengimbas kembali ins1den ‘trypanoph0bia’ yang diaIaminya, Jay berkata dia pernah melarikan diri sewaktu petugas kesihatan datang ke sekolah untuk memberikan sunt1kan kepada para pelajar.

“Masa tu saya lari dan menyorok sampaikan abang dan kakak yang belajar di sekolah sama cari saya. Akhirnya esok saya terp4ksa juga kena sunt1k.

“Begitu juga tidak lama dulu ketika kaki saya terpijak kaca hingga Iuka besar. Tapi saya sanggup minta doktor tak jahit sebab terlalu takvt dengan jarum.

“Saya terp4ksa cuci luka selalu dan pastikan tiada jangk1tan… sebab saya pun tahu kerana ambil bidang perubatan juga. Memang Iuka tu ambil sedikit masa untuk pulih sepenuhnya.

“Walaupun begitu, saya tiada masaIah untuk menyunt1k pesak1t. Saya cuma fob1a apabila disunt1k,” ceritanya yang berkhidmat di sebuah fasiliti kes1hatan di Pulau Pinang sejak tiga tahun lalu.

Tidak menyangka videonya menjadi tuIar, Jay berkata dia sekadar mahu berkongsi insiden lucu di samping memberi mesej pos1tif kepada orang lain agar sama-sama mengambil sunt1kan vaks1n Cov1d19.

“Tak sangka, bila saya share, ramai juga kongsi mereka juga aIami fob1a yang sama. Jadi secara tak langsung, video ini dapat beri mesej agar mereka yang sama seperti saya untuk berani berdepan dengan fob1a ini. Alhamdulillah, saya berjaya juga harungi walaupun dekat 10 minit duduk.

ma baru 2

Jay kini bertugas di sebuah fasiliti kesihatan di Pulau Pinang.

“Ada juga komen lucu yang kata saya macam meneran untuk bersalin. Tapi masa itu memang ngiIu sebab jarum masuk dalam isi. Ada juga kawan-kawan lama yang mesej dan beritahu mereka masih ingat ins1den masa sekolah rendah dulu.

“Apapun saya nak sampaikan, kepada semua yang layak, daftarlah untuk dapatkan vaks1n agar kita semua dapat wujudkan imun1ti kelompok. Sampai bila kita nak Iockdown. Ini semua untuk kesejahteraan di masa hadapan.

“Lagipun mereka yang divaks1n ini kurang beris1ko mendapat jangk1tan Cov1d19 dan kalau dijangk1ti, ia mengurangkan seseorang itu mendapat kesan yang teruk,” ujarnya lagi

Lain video :

@xapijieDengar2 dah boleh rakam time cck tu. Korang apa cerrr? ##fyp ##vaccinatedcheck ##cucukmyaz ##complete2dosevaksin ##trypanophobia (reuplod)

♬ Sounds like a mystery music box – Yohei

Antara komen yang kelihatan :

sumber : mStar

Harap Maaf