Foto Pertama Lisa Blackpink Selepas Bebas Cvd 19 Terima Jutaan Likes

SELEPAS 10 hari positif CVD 19, Lisa Blackpink disahkan telah bebas daripada v1rus tersebut.

Berita baik itu dikongsikan oleh agensi grup tersebut, YG Entertainment kepada media tempatan hari ini.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, pihak agensi memaklumkan Lisa telah pulih daripada gejaIa yang menjadi anc4man di seluruh dunia itu.

“Hello ini YG Entertainment. Kami ingin memaklumkan Lisa Blackpink sudah puIih sepenuhnya dari CVD 19.“

Lisa yang menjalani kuarant1n kendiri di kediamannya telah dibenarkan untuk kembali beraktiviti bermula 4 Disember

“Mengikut ujian dan tahap kesihatannya, Lisa tidak lagi dibimbangi boleh menyebarkan v1rus CVD 19,” tulis kenyataan tersebut seperti dipetik dari AllKPop.

Agensi juga berjanji akan mementingkan kes1hatan para karyawan mereka selain tidak mer3mehkan protokol yang telah ditetapkan.

Sebaik berita gembira itu diumumkan, Lisa dilihat telah berkongsi kegembiraan dengan caranya tersendiri.

Meninjau di Instagram miliknya, @lalalalisa_m, perempuan yang berasal dari Thailand itu telah memuat naik foto terkininya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LISA (@lalalalisa_m)

Lisa dilihat berkongsi empat keping fotonya yang memakai busana hitam dan tersenyum.

Dia juga tidak menuliskan sebarang kenyataan kecuali meninggalkan emoji hati berwarna merah buat 68.5 juta pengikut laman sosialnya.

Kemas kini terbaharu Lisa itu telah menarik perhatian netizen dengan kebanyakannya ikut gembira mendengar khabar dirinya telah bebas CVD 19.

Malah terdapat lebih 7.4 juta tanda suka ditinggalkan pada foto tersebut, dengan lebih 141 ribu komen yang meninggalkan pesan buat bintang pujaan mereka ini kekal menjaga kesihatan.

Terdahulu, tiga anggota Blackpink yang lainnya iaitu Jisoo, Rose dan Jennie juga dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti selepas mereka telah menerima vksin lebih daripada satu minggu.

sumber : @lalalalisa_m

Harap Maaf