“Doakan Yang Terbaik”-Sherry Alhadad Bahagia Dapat Berbakti Pada Keluarga Dan Akui Masih Belum….

Masih belum dipertemukan jod0h serasi, pelakon dan pengacara Sherry Alhadad memberitahu dia kini telah berserah semuanya kepada Allah SWT.

Hos rancangan B1g St4ge 2022 ini menambah, dia menyifatkan soal jod0h dan pertemuan ini merupakan ketentuan Yang Maha Esa.

“Aj4l dan jod0h itu ketentuan Allah, jadi saya berserah sahaja sebenarnya. Saya tahu memang ramai yang tanya soalan ini. Tapi saya tak boleh jawab memang belum bertemu jod0h lagi. Jadi doa-doakan lah yang terbaik untuk saya,” katanya.

Pada masa sama, bintang berusia 37 tahun ini tetap bersyukur kerana seluruh ahli keluarga serta saudara-maranya sangat bersikap terbuka dan memahami.

“Kalau saya balik kampung Alhamdulillah mak cik, nenek dan sedara mara dekat sana bila jumpa saya tak pernah cakap atau tanya bila saya nak kahwin.

“Setiap kali jumpa saya terus angkat tangan doa ‘Ya Alllah tuhanku, pertemukan lah jod0h yang baik buat anakku Sherry’ dan saya rasa waktu itu setiap kali saya balik ke kampung seb4k sangat.

“Sebab bayangkan mereka sendiri pun faham tentang ketentuan Allah mengenai jod0h dan pertemuan. Mereka pun tak pernah paks4.

“Alhamdulillah saya bersyukur dan berterima kasih sangat pada Allah kerana saya dipertemukan dengan orang-orang yang baik seperti ini,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Sherry percaya ketentuan ini adalah satu peluang buat dirinya untuk memb4las jasa serta berbakti kepada seluruh ahli keluarganya.

“Saya pernah baca satu perkongsian ni, sekiranya kita masih belum dpertemukan jodoh dengan seseorang adalah waktu untuk kita berbakti kepada keluarga.

“Dan ini lah apa yang saya lakukan sekarang. Alhamdulillah, saya jaga mak saya, jaga keperluan adik-beradik dan anak-anak buah saya. Itu pun dah buat saya rasa sangat gembira dan bahagia,” luahnya lagi.

Sherry telah berkongsi pengalamannya itu menerusi program Y0uTvbe #MHLIFESTYLE Media Hiburan, baru-baru ini.

Sumber: Media Hiburan

Harap Maaf