Datang Kenduri Kahwin Bekas Kekasih Naik Helikopter

BEBERAPA hari ini tuIar satu video di Indonesia yang menyaksikan suasana tidak terjangka di sebuah majlis

Menerusi video tersebut, sebuah helikopter dilihat tiba-tiba datang dan cuba untuk parkir di padang luas yang terletak di hadapan rumah itu.

Video yang dimuatnaik oleh Makassar_iinfo di Instagram itu dimuatnaik dengan kapsyen yang mendakwa bahawa individu yang berada di dalam helikopter itu sebenarnya menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya.

Sementara itu, beberapa orang tetamu yang berada berdekatan khemah majlis keluar untuk menyaks1kan kejadian itu.

Kehadiran tetamu itu dengan menaiki helikopter membuatkan semua orang tercengang dan kagum.

Pun begitu, identiti individu yang berada di dalam helikopter itu tidak diketahui. Manakala dakwaan berkenaan juga tidak dapat disahkan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mengatakan bahawa ia bagaikan adegan di dalam drama Korea.

sumber : SiakapKeli

Harap Maaf