Bukan hanya penyedap masakan, ini 4 kegunaan lain garam yang mungkin anda tidak ketahui

GARAM adalah antara bahan penting ketika memasak kerana ia ‘penyedap’ kepada masakan. Tanpa garam, ibaratnya hambarlah juadah yang disediakan.

Tapi sebenarnya, garam bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak sebaliknya ia mempunyai pelbagai kegunaan lain termasuklah menjaga kebersihan peralatan memasak.

Berikut adalah beberapa kegunaan lain garam yang mungkin anda tidak ketahui;

1. Mengupas Kulit Telur

Ingin mengupas kulit telur dengan cara yang mudah dan cepat? Tambahkan sahaja satu sudu garam ke dalam air ketika merebus telur.

Cara ini akan membuatkan kulit telur menjadi lembut dan mudah mengelupas.

2. Mengawet Susu

Untuk membuatkan susu segar anda tahan lebih lama, taburkan garam di sekeliling kotak susu. Mudah, bukan?

3. Segarkan Sayuran

Sayuran hijau akan lebih sedap jika ia masih kekal hijau. Namun selalunya, warnanya akan cepat pudar meskipun disimpan dalam peti sejuk.

Untuk mengatasinya, rendamkan sayuran anda dalam air bergaram. Kaedah ini akan menjaga kualiti klorofil pada sayuran sehingga warna tetap hijau dan segar.

4. Mencegah Daging Melekat

Memanggang daging tanpa minyak atau mentega biasanya ia akan melekat pada kuali namun dengan menyapu garam pada daging anda, masalah itu tidak akan timbul.

Garam memang banyak kegunaannya, tapi sebaik-baiknya, kurangkan penggunaannya dalam masakan bagi mengelakkan penyakit berbahaya seperti hipertensi dan masalah jantung.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: mStar Online

Harap Maaf