Black Tak Ambil Sewa Untuk 6 Buah Rumah Miliknya

Baru-baru ini, Black Hanifah dikecam hebat oleh netizen susulan kenyataannya yang mencadangkan agar kerajaan tidak meminggirkan penggiat seni yang terjejas susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kenyataannya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang berpendapat selepas menunjuk kemewahan mahu meminta bantuan dari kerajaan pula. Namun, Black menegaskan kenyataannya itu bukan untuk dirinya tetapi artis veteran dan mereka bekerja di belakang tabir.

BACA :Warganet Dedah Bayaran Artis/Influencer Malaysia Yang Ramai Tak Tahu!

Meskipun dikecam teruk, namun Black tetap prihatin untuk membantu meringankan beban golongan yang terkesan sepanjang tempoh PKP dengan tidak mengambil sewa bulan April daripada beberapa penyewa rumah miliknya.

Menerusi perkongsian itu Black turut mengatakan janganlah pula ada pihak mengatakan dia mahu menunjuk-nunjuk pula kerana dia juga turut membantu mereka yang tidak berkemampuan di saat-saat genting ini.

Seperti sudah dijangka ada sahaja netizen yang terus mengecamnya dengan menuduh penyanyi itu sengaja mahu menayang hartanya. Bagaimanapun, Black dilihat menutup ruangan komen pada perkongsian tersebut.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Rotikaya

Harap Maaf