Babybump Aurel Makin Besar,Alhamdulillah.. Krisdayanti Bakal Nak Jadi Nenek

Semalam, anak kepada penyanyi Krisdayanti, Aurel Hermansyah mengadakan majlis baby shower bersempena dengan kehamilan sulungnya.Ramai kelibat artis-artis popular yang hadir ke majlis berkenaan seperti Lesti Kejora, Ashanty, Krisdayanti dan Nagita Slavina.

Meninjau perkongsian-perkongsian yang dibuat oleh Aurel dan juga rakan-rakan artis, kelihatan suasana majlis baby showernya cukup meriah.Memilih tema pastel pink, Aurel sendiri mengenakan busana berwarna putih yang dipadankan dengan hijab berwarna merah jambu.

Warna tema berkenaan dipilih memandangkan zuriat dalam kandungan Aurel adalah anak perempuan.Sewaktu majlis berlangsung, Aurel sempat menyampaikan ucapan terima kasih kepada Krisdayanti yang telah melahirkannya.

Aurel turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada ibu tirinya, Ashanty yang selama ini turut sama-sama membesarkannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KRIS DAYANTI (@krisdayantilemos)

“Ibu hamilnya gembira, alhamdulillah. Semua tetamu yang datang juga ibu-ibu muda dan cantik-cantik.“Sihat semua ya. Sudah mula terasa tidak lama lagi jadi nenek. Masya-Allah,” tulis Krisdayanti di Instagramnya.

Menerusi foto maternity yang dimuat naik, Aurel berkata: “Selamat datang Februari. Bulan ini menjadi bulan terindah dalam hidup kami. Tak sabar bergambar bertiga dengan lil angel saya.“Sihat-sihat ya nak. Insya-Allah bulan ini kita bertemu.

Semoga mama dan babu sihat sampai waktunya nanti,” tulisnya.Aurel mendirikan rumah tangga dengan Youtuber popular, Atta Halilintar pada 3 April tahun lalu.

Sumber:Gempak

Harap Maaf